Monday, 2 September 2013

RAWATAN KESUBURAN DAN IUI PART 1

Posted by faieyt at 20:01
HARI NI SAYA NAK HABAQ MENGENAI RAWATAN KESUBURAN DAN IUI

SAYA MELALUI PROSES NI KAT HOSPITAL SUNGAI PETANI
jadi saya berulang -alik dari perlis ke sg petani setiap kali appointment
kdg-kdg kebas juga kaki memandu tanpa henti dari perlis ke sg petani
tapi demi sebuah usaha mendapatkan cahayamata semua tu tak jadi halangan bagi kami..
kdg2 saya akan ditemani oleh suami atau adik ipar saya atiqah,mak mentua saya Hjh Zaini dan kdg2 juga ditemani oleh tok mentua saya Hjh Zainab,saya amat bersyukur mereka memberikan saya sepenuh sokongan dan motivasi kepada saya...saya takkan lupa...juga tak lupa tok saudara saya ,tok su, yang membantu memudahkan saya mendapatkan rawatan di hospital sg petani ini....pakai kabel kalau tak lambat la anda dapat giliran,huhuhu....


kali pertama pergi,darah saya diambil sebanyak tiga tiub kecil untuk ujian kesuburan dan beberapa lagi ujian yang tak diberitahu kepada saya. bagi pihak suami pulak perlu membuat ujian semen analysis.

temujanji kedua pulak selepas 2 bulan saya perlu mengambil ubat kesuburan iaitu clomid dari hari ke -2 period sehingga hari ke 6 period dan saya perlu datang ke hospital semula untuk scan TVA bermula hari ke 10,12,14 dan 16 kitaran period....jadi saya perlu berulang -alik dari perlis ke sp 2 hari sekali,mujur ketika rawatan cuti sekolah dan saya tidak perlu memohon cuti kepada pentadbir.....

untuk apa scan TVA ini...?????

Scan TVA dijalankan bagi memastikan ovum kita matang dan bersaiz 18mm dan barulah kaedah IUI dapat di aplikasikan.....sayangnya sudah 6 kali pusingan rawatan ini saya masih belum mencapai saiz yang dikehendaki....dan rawatan 6 pusingan ini memakan masa selama 2 tahun....bila saya tanya doktor nak buat mcmn?ada cara tak?doktor tu geleng kepala shj....sedih....


mcmn ni.......doktor kata terakhir ikhtiar kita ialah Rawatan IVF....
apa rawatan IVF..tunggu part 2


leh tgk cara iui di jalankan disini

https://www.youtube.com/watch?v=F17FTRFOo7o

0 comments:

Post a Comment

 

COMEL KIUT MIUT Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea